TAJAAN KELAS MENGAJI UNTUK YANG MEMERLUKAN

✅ Kelas mengaji PERCUMA kepada mereka yang memerlukan secara online seluruh Malaysia.

✅ Mengajar & membimbing tentang tajwid.

✅ Membantu sehingga dapat mengaji dengan baik & lancar.

✅ Diadakan secara mingguan atau bulanan di Facebook live, Zoom & Google meet

Tajaan Mengaji

Kelas Mengaji Online menggunakan Zoom Meeting

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Firman Allah SWT lagi:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”.

(Surah Al-Fathir Ayat 29)

Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai untuk memberikan tajaan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk belajar mengaji supaya mereka dapat mengaji dengan baik disamping kita juga dapat membuat bekalan untuk saham akhirat kita.

Tajaan Mengaji

Pakej Tajaan adalah seperti berikut :

  • 1 NAMA PENAJA : RM 50
  • 2 NAMA PENAJA : RM100
  • 4 NAMA PENAJA : RM200

*Setiap nama penaja yang menaja Al-Quran akan diniatkan & dimasukkan dalam Majlis Bacaan Yaasin harian  di mudahmengaji.my