Sudah tentu kita tak akan lupakan sentuhan kasih sayang mereka.
Sejak kecil lagi mereka melayani dengan penuh kasih sayang!
🤗Masa lapar, diberikan makanan dan minuman
🤗Diberikan pakaian yang elok untuk kita
🤗Bila demam, dijaga sepanjang masa
🤗Dibelikan permainan dan hiburan buat kita
🤗Diberikan pendidikan sehingga berjaya
Boleh dikatakan mereka telah menghabiskan masa 2/3 dari usia mereka untuk membesar dan mendidik kita.
Apa yang mereka mahukan adalah kita membesar dengan baik dan melihat kita berjaya dan bahagiaa di masa hadapan. Sepanjang tempoh tersebut, sudah pasti banyak memori terindah yang dapat membuatkan kita tersenyum sendiri.
Namun, segala memori indah ini hanya tinggal kenangan. Sungguh tak terbalas jasa dan pengorbanan mereka.
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seorang anak tidak akan mampu untuk membalas kebaikan orang tuanya, kecuali ia mendapatinya dalam keadaan hamba, lalu ia membeli dan memerdekakannya.” (Riwayat Tirmizi No: 1906). Status: Hasan Sahih.
Jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk tunjukkan kasih sayang kita walaupun mereka tidak ada lagi?
Jawapannya pada hadis Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda:
Apabila seseorang manusia meninggal mana terputuslah amalnya kecuali 3 perkara :
1. sedekah Jariah,
2. ilmu bermanfaat
3. anak soleh mendoakannya
(Hadith riwayat Muslim)
Dalam senarai ini, sedekah jariah menjadi petua yang pertama disebut.
Kita juga boleh hadiahkan pahala bacaan Al-Quran pada arwah-arwah tersayang.
Atas sebab itulah, kami nak mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk melakukan sesuatu yang bermakna untuk arwah-arwah.
Sehingga kini, kami mengadakan majlis khas setiap hari untuk membolehkan kita menghadiahkan bacaan Al-Quran pada mereka.
Program ini dinamakan:
Program ini merupakan satu program di mana kami akan berkumpul dan membaca surah yaasin beramai-ramai secara online untuk menghadiahkan bacaan Yaasin pada arwah-arwah yang disenaraikan bersama.
Untuk menambah ‘booster pahala’ kami bukakan juga peluang buat semua yang berminat untuk membuat tajaan program ini, moga-moga dapat lagi satu bentuk pahala untuk di’pos’kan pada arwah-arwah tersayang.
Kenapa Surah Yaasin menjadi pilihan?
Daripada Ma’qal Bin Yaasar bahawasanya telah bersabda Rasulullah,;
“Hati Al-Quran ialah Surah Yaasin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampun oleh Allah dosanya dan bacalah surah Yaasin kepada mereka yang hampir akan mati.”
(HR Ahmad, Daud & An-Nasai)
Tentu ramai yang tertanya-tanya berkenaan ini. Biar kami bantu jelaskan..
1. Pahala bersedekah:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَاۤءُ ۗوَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ
Ertinya: “Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)
2. Menghadiahkan bacaan Al-Quran pada arwah-arwah
Imam Al-Qurtubi berpendapat akan keharusan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati kerana membaca Al-Qur’an termasuk dalam amalan sedekah. Dan sedekah memang akan sampai kepada si mati.
عَنْ أَبِى ذَرٍّ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ « يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى ».
Ertinya: Daripada Abu Dzar daripada Nabi SAW bahawa beliau telah bersabda: Setiap pagi ada kewajipan bersedekah untuk setiap ruas. Maka setiap ucapan Tasbih adalah sedekah. Setiap ucapan Tahmid adalah sedekah. Setiap ucapan Tahlil adalah sedekah. Dan setiap ucapan Takbir adalah sedekah. Menganjurkan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan memadai dari itu semua solat dua rakaat sunat Dhuha.
(Riwayat Muslim)
Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai untuk memberikan tajaan supaya dapat meneruskan program bacaan Yaasin ini disamping dapat menghadiahkan bekalan saham akhirat buat arwah-arwah tersayang.
*Setiap nama penaja yang menaja Al-Quran akan diniatkan & dimasukkan dalam Majlis Bacaan Yaasin harian di Facbook Live mudahmengaji.my
Selepas transaksi anda akan dibawa ke laman khas untuk isikan nama arwah-arwah untuk program bacaan yaasin ini.